SURAU AL-FURQAN Flora 2 Apartment U5/30 40150 Shah-Alam Selangor
Memaparkan catatan dengan label UCAPAN RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UCAPAN RAYA. Papar semua catatan

Ahad, 19 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


ksdfklksdf
Seluruh warga kerja dan Ahli Jawatankuasa Surau Al~Furqan Taman Flora berbesar hati untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada seluruh penduduk Appartment Flora 1,2,3 dan Taman Subang Intan serta ahli qariah dan semua muslimin muslimat di seluruh Negara.
Sempena Aidilfitri ini, kami memohon ribuan keampunan sekiranya terdapat kekurangan yang telah dilakukan sepanjang mengendalikan qariah Ramadhan di Surau Al~Furqan ini. Segala kekurangan itu adalah kelemahan kami sebagai hamba Allah yang dhaif.

Kepada ahli qariah yang akan pulang berhari raya di kampung halaman, pastikan anda berhati-hati sepanjang berjalanan sama ada dekat atau pun jauh. Elakkan daripada terburu-buru untuk sampai ke destinasi. Sebaliknya berhemahlah menggunakan jalanraya. Pastikan jadual perjalanan diatur dengan baik agar tiada sebarang permasalahan dihadapi kelak.

Semoga kita akan bertemu lagi selepas cuti panjang Aidilfitri nanti. Selamat berhari raya, pandu dengan cermat dan mudah-mudahan akan kembali dengan selamat.

Selamat Hari Raya AidilFitri.
Maaf Zahir dan Batin.