As-Sirat
dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya
merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk
manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)
Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.
Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w: “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari
Orang pertama melalui Sirat ialah Nabi Kita Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.
"Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”
Tahap
kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap
keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan,
kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat
Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :
"Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan
diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku
menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada
hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada
pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri
pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda
melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun
hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan
pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada
saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong,
tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan
suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang
terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi
yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith
Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa
sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam
daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup
yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang
memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka
sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga
idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu
memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari
itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui.
Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke
dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Rasulullah
s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan
seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:
1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa
yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan
mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka
jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin
untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di
atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya
dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi
orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita
dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa
seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita
daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan