"Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”.
Telah
banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah
s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk
posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis
diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung
emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah
s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut
emas tersebut.
Semasa
dibawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an,
kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan
menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat
binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk
pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah
susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
Binaan Purba Yang Muncul Akibat Keringnya Sungai Furat
Kejadian
kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah
menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka.
Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar
menyatakan,” Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir
yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini
ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq.
Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq”.
Seorang
nelayan di sungai tersebut, Sa’ad Naji memberitahu,” Sungai ini telah
surut kearas yang paling rendah pada ingatan kami,” beliau menambah
lagi,” Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai tempayan
tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas”.
Sekiranya
Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya peperangan
besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah bergolak
itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati pesanan
Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan