SURAU AL-FURQAN Flora 2 Apartment U5/30 40150 Shah-Alam Selangor

Selasa, 14 Ogos 2012


SUBUH

>  Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah
>  Nabi Adam a.s.,
>  tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama
>  yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
>  Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
>  Rakaat pertama:-
>  Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. 
>  Rakaat kedua:-
>  Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah
> Nabi Ibrahim a.s.,
> iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
> anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya
> pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
> Rakaat pertama:-
> Bersyukur bagi penebusan. 
> Rakaat kedua:-
> Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
> Rakaat ketiga:-
> Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. 
> Rakaat keempat:-
> Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah
> Nabi Yunus a.s.,
> tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah
> memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu
> Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
> baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
> Rakaat pertama:-
> Kelam dengan kesalahan.
> Rakaat kedua:-
> Kelam dengan air laut. 
> Rakaat ketiga:-
> Kelam dengan malam. 
> Rakaat keempat:-
> Kelam dengan perut ikan Nun.

 

MAGHRIB

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah
> Nabi Isa a.s.,
> tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
> kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa
> lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, 
> Rakaat pertama:-
> Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
> Rakaat kedua:-
> Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
> telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
> Rakaat ketiga:-
> Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK

> Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah
> Nabi Musa a.s. 
> ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri
> Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
> menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
> Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. 
> Rakaat pertama:-
> Dukacita terhadap isterinya. 
> Rakaat kedua:-
> Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. 
> Rakaat ketiga:-
> Dukacita terhadap Firaun. 
> Rakaat keempat:-
> Dukacita terhadap anak Firaun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan