2)Yang lagi ajaib rupa-rupanya bila diukur, kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.
3)Tambah-tambah ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah-tengah ayat tu. Ayat ini relevan kerana menyebut tentang Mekah sebagai petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan Mekah, ternyatalah perkataan Mekah dalam ayat tu pun terletak dalam Nisbah Emas 1.618….
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, secara tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat ‘infinite’ ( tidak berhujung ), perkara ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Baitul Makmur (masjid para malaikat) di langit.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’,
ertinya apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum
kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang
sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan
hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak
kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah,
maka seakan-akan diri kita dicaj ulang oleh suatu tenaga misteri dan ini
adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan
batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di atas air. Di sebuah
muzium di negara Britain, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari
Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu
tersebut bukan berasal dari sistem matahari kita.
Hadith dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Nikmatilah
(peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal
dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke
syurga sebelum kiamat”.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)
Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah
bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup
(bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan